BAB 4: KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Tarikh Penubuhan: 1949

Pengerusi: Dato’ E.E.C. Thuraisingam

Penasihat: Sir Malcolm MacDonald

Anggota:

~Mulanya: dianggotai kaum Melayu dan Cina.

~Orang Melayu diwakili UMNO yang diketuai Dato’ Onn Jaafar.

         

~Orang Cina diwakili MCA yang diketuai Tun Tan Cheng Lock.

    

~Mulai Ogos 1949Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) disertai seorang wakil kaum India,     Ceylon, Serani dan Eropah.

 Perundingan:

~ UMNO mengemukakan memorandum mempertahankan ketuanan Melayu.

~ CLC menolak tuntutan UMNO.

~ Satu kompromi dibuat antara UMNO-CLC.

Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.

Pemebentukan satusistem pendidikanyang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan

  bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu.

Pilihan raya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis perbandaran, negeri

  dan Majlis Perundangan Persekutuan.

Pelaksanaan:

~ Cadangan dilaksanakan selepas tahun 1951.

~ Merupakansuatu kerjasama kaum dalam melahirkan Persekutuan Tanah Melayu yang 

  Merdeka.

Usaha Parti-parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum 

1. Konferensi Nasional

(a) Diadakan pada Februari 1954.

(b) Diadakan oleh Menteri Besar, British, dan Parti Negara.

(c) Tujuan: Melahirkan kerjasama politik.

2. Konvensi Nasional

(a) Diadakan pada Ogos 1954.

(b) Atas kerjasama Persatuan Islam Se-Malaya(PAS) dan UMNO.

(c) Merupakan medan perbincangan pelbagai parti politik untuk mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum.

(d) Membincangkan kepentingan diadakan pilihan raya.

Parti-parti politik yang berusaha mewujudkan perpaduan kaum ialah:

(a) UMNO(1946)
~ Dato’ Onn Ja’afar
~ Membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu.
~ Syarat kerakyatan Persekutuan dan Negeri dilonggarkan.
~ Mencadangkan Sistem Ahli.
~ Parti Perikatan telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman.

(b) MIC(1946)
~ K.L Devaser
~ Menyokong perjuangan Dato’ Onn Ja’afar dan IMP tentang KERJASAMA KAUM DALAM SEBUAH PARTI.
~ Menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955.

(c) MCA(1949)
~
Tun Tan Cheng Lock
~ Menyokong perjuangan Dato’ Onn Ja’afar dan IMP tentang
KERJASAMA KAUM DALAM SEBUAH PARTI.
~Menyokong Parti Perikatan yang dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman.

 (d) IMP(1951)
~ Dato’ Onn Ja’afar
~ MENCADANG KONSEP KERJASAMA KAUM DALAM SEBUAH PARTI.
~ Membuka keahlian kepada semua kaum.

(e) PAS(1951)
~
Haji Ahmad Fuad
~ Membuka keahlian parti kepada
semua orang Islam tanpa mengira kaum.
~ Menyertai Konvensi Nasional anjuran UMNO pada tahun 1954.

(f) Parti Negara(1954)
~
Dato’ Onn Ja’afar
~ Terbuka kepada semua kaum dan MENDUKUNG KONSEP KERJASAMA KAUM DALAM SATU PARTI。
~ Menerima kerakyatan jus solidengan syarat ibu atau bapa telah menjadi warganegara Tanah Melayu.

Pendidikan Alat Perpaduan

 

A) Sekolah agama Islam
1. Terdiri daripada sekolah agama, sekolah agama rakyat, sekolah pondok, dan madrasah.
 2. Bahasa Melayu atau Arab digunakan sebagai bahasa pengantar.
 3. Mengajar terutamanya pelajaran agama. Dibiayai oleh orang perseorangan.
 4. Bebas daripada kawalan kerajaan British.
 5. Menyediakan pengajian di peringkat sekolah rendah dan menengah.
 6. Pelajar-pelajar lepasan sistem ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India, dan Mesir.

B) Sekolah vernakular Melayu
1. Didirikan oleh kerajaan British.
2. Menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.
3. Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah.
4. Dibina di kawasan luar bandar.
5. Persekitaran belajar yang serba kekurangan.
6. Kurang mendapat sambutan terutamanya pada peringkat awal kerana tiada pelajaranal-Quran.
7. Pelajar lepasan sekolah ini hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI).
8. Pelajar lepasan sekolah ini tiada peluang menjawat jawatan tinggi.

C) Sekolah vernakular Cina
1. Ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti-parti politik.
2. Menggunakan bahasa Cina khususnya Mandarin sebagai bahasa pengantar.
3. Sukatan pelajaran, guru, dan buku teks dibawa dari negara China.
4. Bertujuan untuk mengekalkan identiti kecinaan di Tanah Melayu.
5. Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya, dan bahasa Cina.
6. Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.
7. Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.
8. Lepasan sekolah Cina berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di China.

D) Sekolah vernakular Tamil
1. Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial.
2. Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
3. Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan negara India.
4. Guru yang mengajar dari India.
5. Persekitaran belajar yang serba kekurangan.
6. Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah.
7. Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang.
8. Tidak peluang untuk menjawat jawatan tinggi.

E) Sekolah vernakular Inggeris
1. Diubuhkan sejak kurun ke-19 terutamanya oleh mubaligh Kristian.
2. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
3. Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah dalam sektor kerajaan dan swasta.   (Kekurangan tenaga pekerja)
4. Didirikan di bandar-bandar sahaja.
5. Pelajar lepasan sekolah ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara.
6. Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat jawatan tinggi.
7. Dipandang tinggi oleh masyarakat.



CADANGAN LAPORAN PELAJARAN TANAH MELAYU

A) Laporan Barnes 1951
1. Pendidikan sekolah rendah diwajibkan.
2. Bahasa pengantar sekolah rendah ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
3. Bahasa pengantar sekolah menengah ialah bahasa Inggeris.
4. Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.
5. Sistem latihan perguruan yang sama.
6. Sistem peperiksaan dan sistem nazir yang sama.

B) Laporan Fenn-Wu 1951
1. Menolak sistem pendidikan cadangan Laporan Barnes.
2. Mengekalkan identiti sistem pendidikan vernakular Cina.

C) Ordinan Pelajaran 1952
1. Pendidikan sekolah rendah wajib.
2. Bahasa pengantar sekolah rendah ialah bahasa Melayu.
3. Bahasa pengantar sekolah menengah ialah bahasa Inggeris.
4. Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan, dan sisitem nazir adalah sama.

 D) Laporan Razak 1956
1. Mengadakan sistem sekolah umum dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah.2. Mengadakan sekolah jenis umum dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, dan bahasa Inggeris.
3. Pendidikan rendah adalah wajib.
4. Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama.
5. Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.


SISTEM AHLI
1. Sistem Ahli diperkenalkan pada tahun 1951 merupakan cetusan idea Dato’ Onn Jaafar.
2. Sistem ini mendapat sokongan British dan Raja-raja Melayu.
3. Sistem Ahli melatih orang Melayu dankaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.
4. Cadangan ini selaras dengan niat British untuk menjalankan satu dasar yang dikenali sebagai dekolonisasi.

Ciri-ciri Sistem Ahli
1. Kabinet Bayangan
(a) Merupakan satu sistem kabinet bayangan.
(b) Terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh tempatan.
(c) Dipilih tanpa pilihan raya.
2. Anggotanya dikenal sebagai Ahli.
3. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
4. Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
5. Terdiri daripada 9 orang anggota:
(a) 5 orang penduduk Tanah Melayu3 orang Melayu, seorang Cina, dan seorang
(b) 4 orang pegawai British.

Anggota Sistem Ahli(penduduk tempatan)
Dato’ Onn Jaafar- Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)
Dato’ Mahmud Mat- Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan (1951-1954)
Tunku Yaakob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah- Ahli Pertanian dan Perhutanan (1951-1955)
Dato’ E.E.C. Thuraisingam-   Ahli Pelajaran (1951-1955)
Dr. Lee Tiang Keng- Ahli Kesihatan (1951-1954)

KELONGGARAN SYARAT KERAKYATAN PERSEKUTUAN

 

1.Cadangan ini bertujuan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya    mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Tanah Melayu.
2. Kelonggaran kerakyatan adalah bermatlamat untuk mengelakkan golongan imigran daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya.
3. Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat di peringkat Persekutuan dan Negeri.

SYARAT KERAKYATAN NEGERI 1951

Secara kuat kuasa undang-undang
a) Orang Asli di negeri-negeri Melayu.
b) Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu.
c) Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.

 

Secara Permohonan
~ Seseorang yang telah berumur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja dan melepaskan kewarganegaraan asal.
1. Kerajaan British telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority(RIDA).
2. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu di luar bandar.
3. RIDA kemudian digantikan dengan Majlis Amanah Raya (MARA) pada tahun 1966 dan berkekalan sehingga ke hari ini.

 



 

 

Pembentukan Parti Perikatan

Tahun 1952
a) Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam Pilihan Raya
Bandaran Kuala Lumpur.
b) Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
c) Pemimpin utama UMNO dan MCA menyambut baik pakatan ini dan
merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah
Melayu.

Tahun 1954
a) Konvensi Nasional diadakan.
b) Perikatan UMNO-MCA dibentuk.
c) Kerjasama ini diperluas keseluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi
memenangi pilihan raya negeri.

Tahun 1955
a) Kemasukan MIC dalam Parti Perikatan.
b) Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan.
c) Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

 

 

Pilihan Raya Majlis Bandaran
a) – memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan diri.
b) Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama di Georgetown, Pulau Pinang pada Disember 1951.

 

c) Pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada bulan Februari 1952 menjadi perhatian umum keranam buat pertama kalinya terjalin pakatan UMNO-MCA.
d) Dalam pilihan raya tersebut, Dato’ Yahya Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan Tun H.S. Lee, Pengerusi MCA Selangor. Kerjasama ini telah membolehkan pakatam UMNO-MCA mendapat 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
d) Rakyat berpeluang menggunakan hak ub-ntuk memilih pemimpin mereka selaras dengan prinsip demokrasi yang akan diamalkan dalam pentadbiran kerajaan Tanah Melayu selepasd merdeka.

 

Pilihan Raya Negeri
a) Dalam pilihan raya ini, Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan.
b) Kemenangan tersebut memberi petunjuk bahawa rakyat telah menerimaprinsip kerjasama kaum dalam politik di Tanah Melayu.

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
a) British kemudian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Raya pada tahun1954.
b) Jawatankuasa ini dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil parti politik.
c) Tunku Abdul Rahman yg mewakili Parti Perikatan telah pergi ke London untuk menuntut kerusi pilihan raya ditambah.
d) Parti-parti politik yang bertanding dibenarkan berkempen selepas upacara penamaan calon pada15 Julai 1955 untuk menjelaskan manifesto parti masing-masing.
e) Dalam kempennya, Parti Perikatan telah mengeluarkan manifesto dengan harapan dapat menarik sokongan rakyat pelbagai kaum. Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 :
1) Mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh empat tahun.
2)Menamatkan pentadbiran darurat.
3)Mewajibkan pelajaran di peringkat sekolah rendah.
4) Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
5) Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan

  



Keganasan Komunis

• Tahun 1948 beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
• Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
• Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
• PKM memulakan pemberontakan & keganasan, antaranya;
• PKM menyerang ladang & lombong milik syarikat Eropah
• Contoh – PKM musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
• PKM menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api & membunuh orang yang bersubahat dengan British
• Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British

>Menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah-contoh, memusnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga,   Setiawan, Perak kerana penduduknya enggan bekerjasama.

>Menyerang balai polis.

>Membakar kilang.

 

 

 

 

 

 

>Membakar bas.

>Merosakkan landasan kereta api.

>Membunuh orang yang bersuhabat dengan British 

 

Penubuhan Parti Komunis Malaya

 • PKM ditubuhkan pada tahun 1930
• Tujuan PKM – menubuhkan Republik Komunis Malaya
• PKM melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
• Kader – anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
• PKM cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
• Tahun 1935 kegiatan PKM menjadi semakin agresif
• Antara kegiatannya;
• Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
• Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
• PKM melancarkan mogok & sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British
• Buktinya;
• Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
• British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
• Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin PKM ditahan

PKM Semasa Jepun Menguasai TM:
• PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
• Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
• Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
• PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
• British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136

PKM Selepas Jepun:
• Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan & menyerahkan senjata
• PKM bersetuju bubarkan MPAJA
• Sebaliknya PKM tidak menyerahkan semua senjata & sembunyikan sebahagiannya
• Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
• PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

 

>Aktiviti 1930-an: melakukan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu.

        >PKM semasa penduduk Jepun (1942-1945).

          (a).Bekerjasamadengan British untuk menentang Jepun

             

         (b) Pengaruh PKM bertambah kerana:

              ~Diberi latihan taktik perang gerila

 

              ~Dibekalkan senjata

              ~Membentuk Malayan People’s Anti Japanese Army(MPAJA)

        >Apabila Jepun kalah, MPAJA dibubarkan.

        >Anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar wang dan beras.

Cara Penyusupan Parti Komunis Malaya(PKM)

• Di TM ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
• Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
• Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
• Orang Melayu tidak berminat dengan fahaman komunis kerana;
• Bertentangan dengan agama Islam & adat resam orang Melayu
• Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis) 
• Komunis menggunakan kekerasan & kezaliman untuk mencapai matlamat

Latar Belakang Parti Komunis Malaya

Karl Marx

> Komunisme diasaskan oleh Karl Marx

>Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology

>Komunisme memperjuangkan

i. masyarakat tanpa kelas.

ii. memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

>Komunis merupakan suatu fahaman menentang golongan FEUDAL dan IMPERIALIS

>Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan

>Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain

>Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa menyebarkan ideologi komunis ke    seluruh dunia

CHIN PENG

Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924 sebagai Ong Boon Hwa) ialah seorang ketua Parti Komunis Malaya. Beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar IpohPerak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya. [2] Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

~Tambahan~

Selepas Darurat diisytiharkan tamat tahun 1960, gerila-gerila Komunis berundur masuk ke kawasan Selatan Thailand dan buat beberapa tahun tidak membuat serangan dan penyusupan ke Malaysia. Malahan buat seketika, pasukan keselamatan Malaysia boleh menumpukan perhatian kepada pengukuhan bilangan anggota tentera, melengkapkan pasukan dengan kelengkapan baru dan meningkatkan latihan. Konfrontasi dengan Indonesia menunjukkan Tentera Darat Malaysia belum mencapai kekuatan mencukupi untuk menentang secara pencerobohan oleh kuasa asing. Keperluan mendapatkan bantuan pasukan tentera Komanwel khususnya diBorneo meyakinkan Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara bahawa Tentera Darat Malaysia belum mencapai tahap kekuatan yang membolehkan mereka menghadapi ancaman tanpa perlu meminta bantuan pasukan luar.

Di Vietnam, kumpulan Komunis Vietnam Selatan dan Vietnam Utara sudah menunjukkan kekuatan mereka dengan melancarkan Serangan Tet. Dalam serangan itu, mereka berjaya menawan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Saigon, sebelum ditewaskan oleh pasukan-pasukan bantuan Amerika Syarikat. Kejayaan pihak Komunis di Vietnam mendorong Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara untuk melancarkan pemberontakan bagi menumpaskan kerajaan Malaysia.